Saturday 7 April 2012

Rancangan Pengajaran Harian Matematik


Rancangan Pengajaran Harian Matematik

Tarikh/ Hari     :    18 April  2012  (Rabu)     
Masa               :    11:40 a.m. – 12:10 p.m.                                               
Kelas              :    4B                                    
Bil. Pelajar      :    35 orang                                                                       
M/ Pel              :    Matematik                                                                             
Tajuk               :    Masa Dan Waktu              

Objektif           :  Di akhir pelajaran, murid-murid dapat:
(i)            mengenalpasti perbezaan di antara  a.m. dan p.m. dalam sehari.
(ii)           membaca  waktu dalam jam dan minit mengikut sistem 12 jam.
  (iii)     menulis waktu dalam jam dan minit mengikut sistem 12 jam.
.
Pengetahuan Sedia AdaMurid-murid telah mengenali  konsep-konsep / istilah-istilah 
       yang disenaraikan di bawah:
       jam, minit, pagi, tengah hari, petang dan malam.

Konsep :          (a)        Singkatan a.m. mewakili ante-meridiem yang bermaksud     
                                    ‘sebelum tengah hari’ dan digunakan bagi waktu antara
12.01 pagi hingga 11.59 pagi.
(b)        Singkatan p.m. mewakili post-meridiem yang bermaksud
‘selepas tengah hari’ dan digunakan bagi waktu antara
12.01 petang hingga 11.59 malam.
Contoh : 1.25 petang = 1.25 p.m
(c)        Apabila jarum saat bergerak satu pusingan, jarum minit bergerak satu minit.
(d)        Apabila jarum minit bergerak satu pusingan, jarum jam bergerak satu jam.

Bahan :            jam analog, jam digital, lembaran kerja
Nilai :               Bekerja sama, menepati masa
Kemahiran :    Membaca dan menulis waktu

Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran Pembelajaran
Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
(5 minit)
Menyatakan waktu menjalankan aktiviti.





Guru menunjukkan gambar aktiviti.  Guru bertanya:
i.   A pakah kamu nampak dalam gambar?
ii.  Bilakah kamu akan menjalankan aktiviti ini?
i.   Murid menceritakan aktiviti yang dilihat dalam gambar. ( menggosok gigi, makan tengah hari, tidur)

 ii.  Murid menyatakan waktu menjalankan aktiviti berdasarkan gambar.
Menegaskan pengunaan istilah pagi, tengah hari, petang dan malam.
Perkembangan
Langkah 1
(10 minit)







Membaca waktu dengan menggunakan jam analog.



Gerakkan jarum 
minit  untuk setiap segmen 5 minit mengelilingi muka jam.










Guru memperkenalkan a.m. dan p.m.

Guru menerangkan cara membaca  waktu dalam a.m. dan p.m. 
Sebut jam dahulu, diikuti dengan minit.

Guru menetapkan
 jarum jam antara 1 dan 2 dan jarum 
minit pada 6

Guru teruskan aktiviti dengan penetapan waktu yang berlainan.
Murid membaca setiap segmen 5 minit, iaitu 5 minit, 10 minit, 15 minit ...... sehingga 60 minit.
Murid-murid akan mendapati apabila jarum minit membuat satu pusingan, jarum jam akan bergerak satu jam, iaitu dari 12 ke 1.



Murid membaca waktu yang ditunjukkan pada jam analog dalam a.m. dan p.m.
Pukul satu empat puluh lima

Pukul dua lima belas



Murid membaca waktu yang ditunjukkan pada permukaan jam analog.

Kaedah perhitungan mental: bilang dalam gandaan 5












a.m. = ante-meridiem
p.m. = post-meridiem
Langkah 2
(10 minit)
Menulis waktu yang ditunjukkan
Guru menerangkan cara menulis waktu dalam a.m. dan p.m.
Murid menulis waktu yang ditunjukkan pada jam analog dan jam digital dengan menggunakan a.m. atau p.m. untuk membezakan waktu pagi, petang atau malam.

Penutup
(5 minit)
Latihan pengayaan untuk disiapkan di rumah.

Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai aktiviti pengayaan
Guru memberi arahan kepada murid supaya menyiapkan lembaran kerja di rumah.
Guru membimbing murid membuat kesimpulan untuk pelajaran pada hari ini.

Murid menerima kertas lembaran kerja.

Murid-murid diarahkan supaya membuat aktiviti pengayaan dirumah

Murid-murid membuat kesimpulan pelajaran di bawah bimbingan guru.
Kesimpulan pelajaran:
a.m. menunjukkkan waktu pagi, manakala p.m. menunjukkan waktu tengah hari, petang dan malam.




Refleksi : (      ) / 35 murid dapat membaca dan menulis waktu dengan  tepat.

              _____________ tidak dapat membaca dan menulis waktu dengan betul.

No comments:

Post a Comment